FANDOM


Killua Zoldyck (Bahasa Jepun: キルア=ゾルディック, Ejaan: Killua=Zaoldyeck) merupakan watak utama HUNTER X HUNTER yang berasal dari Keluarga Zoldyck.

SejarahSunting

Killua Zoldyck, anak alang kepada Keluarga Zoldyck, dan juga pewaris dari keluarga pembunuh. Semenjak kecil, Killua telah menerima pelbagai latihan yang melibatkan pertumpahan darah, oleh itu dia dilatih sebagai pembunuh yang tiada perasaan kasihan. Selain memperoleh kemahiran pembunuhan, dia dapat menahan kesakitan dari kuasa elektrik dan juga bahan beracun. Pada usia tiga, Killua telah menerima kemahiran menjejak orang. Seterusnya pada usia enam, dia dipaksa oleh keluarga untuk menyertai pertandingan pertaruhan yang diadakan di Arena Langit. Ia boleh dikatakan bahawa zaman kanak-kanak Killua dikelilingi latihan-latihan tersebut.

Semasa Killua berusia 12, dia pernah mengeluarkan perasaan sebenar kepada anggota keluarganya bahawa dia juga mampu membuat keputusan untuk kehidupan sendiri. Namun, kejadian ini menyebabkan ibunya Kikyo dengan abang ngahnya Milluki marah serta menghalangnya berbuat demikian. Killua terpaksa mencederakan Kikyo dan Milluki lalu melarikan diri. Demi menghabiskan masa luang, Killua membuat keputusan untuk menyertai Peperiksaan Pmburu supaya dia mampu menangkap keluarganya untuk mendapat ganjaran lumayan.

Dalam kisahSunting

Bahagian Peperiksaan PemburuSunting

KIllua (nombor pengambilan peperiksaan pemburu: 99) dan peserta-peserta lain telah berada di dalam terowong Zaban. Dia bertemu dengan Tonpa dan juga menerima minuman dari padanya. Walaupun Killua mengetahui bahawa minuman Tonpa mengandungi bahan julap, akan tetapi dia masih menghabiskan minuman itu. Sementara itu Tonpa terkejut bahawa Killua mampu menahan bahan racun.

Bahagian Keluarga ZoldyckSunting

Bahagian Arena LangitSunting

Bahagian Bandar YorkshinSunting

Bahagian Greed IslandSunting

Bahagian Semut KimeraSunting

Bahagian Pengundian Pengerusi Pemburu Ke-13Sunting

PersonalitiSunting

Gemar makan sesuatu yang manis.

PenampilanSunting

Seorang pemuda yang mempunyai rambut perak.

AlatanSunting

  • Papan luncur - Killua mula menggunakannya semasa mengambil peperiksaan pemburu. Walaupun berdasarkan penampilannya, ia hanya papan luncur biasa yang boleh mengalami kerosakan, namun ia dapat menapung keberatan sehingga lima orang ataupun rak kayu.
  • Yo-yo - Setelah lulus dalam peperiksaan pemburu, Killua telah menerima sepasang yo-yo istimewa yang dibuat oleh Milluki. Ianya diperbuat aloi logam dan keberatannya lima puluh kilogram. Selain Killua menggunakannya sebagai senjata, yo-yo tersebut dapat mencerminkan bayangan di sebalik penjuru. Atas sebab ianya aloi logam, Killua mampu mengalirkan kuasa elektriknya melalui yo-yo.

Kuasa dan keupayaanSunting

NenSunting

  • Izutsushi (雷掌)
  • Narukami (落雷)
  • Kanmuru (神速)

SebutanSunting

  • "Pembunuhan, ianya perniagaan keluarga. Semuanya pembunuh. Keluarga saya letak banyak harapan terhadap saya, tapi saya tak rasa sepatutnya ikut keinginan mereka saja..."
  • "Gon, kamu ialah cahaya. Kadang kala sampai saya tak mampu nak lihat kamu....tapi boleh tak saya berada di tepi kamu?"
  • "Sekarang baru saya tahu... saya tak pandai bergaul dengan makcik."
  • "Kuasa elektrik tak dapat cederakan saya, ia pernah menjadi satu latihan penyeksaan. Semasa saya kata saya tak sakit, maksudnya saya masih boleh tahan kesakitan. Jadi saya masih dapat rasai kesakitan. Kau buat saya marah ni."
  • "Kalau saya abaikan seorang kawan yang saya mampu bantu, adakah ni bermaksud khianat?"

TriviaSunting

  • Nama Killua berasal dari Bahasa Inggeris "killer (pembunuh)".

RujukanSunting

Templat:Reflist

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak